Wednesday, December 29, 2010

PENULIS MUDA, JANGAN CEPAT MELATAH!

Penulis Muda, Jangan Cepat Melatah! merupakan tulisan saya yang disiarkan dalam ruangan Luahan Minda, majalah Tunas Cipta edisi Januari 2011. Tunas Cipta Januari 2011 tampil dengan isu etika dalam penulisan sebagai esei bulan Januari. Selamat membaca!



Monday, December 27, 2010

RIWAYAT PENULISANKU SEPANJANG 2010

Tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya. Ketika saya menaip catatan ini, tinggal beberapa hari lagi hendak melangkah ke tahun 2011. Sekembalinya dari MPR 2009, hati saya berkobar-kobar untuk menulis dan seharusnya tahun 2010 lebih baik daripada tahun 2009. Begitulah kira-kira saya dalam minda. Manisnya tahun 2010 adalah, puisi saya sudah mula menembusi tembok Mingguan Malaysia. Walau bagaimanapun, saya akui saya masih lemah dalam bidang ini dan perlu banyak belajar lagi. Berikut merupakan analisa karya-karya penulisan saya untuk tahun 2010.

KARYA; PUISI

TAJUK PUISI

TARIKH/BULAN DISIARKAN

MEDIA YANG MENYIARKAN

Rencana Apakah yang Melanda

31 Januari 2010

Akhbar BERITA MINGGU

Ceritera Lembah Sintok

4 Februari 2010

Akhbar BERITA HARIAN

Insan Tercipta

Februari 2010

Majalah DEWAN SISWA

Ayuh, Bersimpuh di Laman Timur

14 Februari 2010

Akhbar MINGGUAN MALAYSIA

Kewarasan Mati

28 Februari 2010

Akhbar BERITA MINGGU

Bicara Cinta Seorang Hamba

April 2010

Majalah TUNAS CIPTA

Pendusta Malam

13 April 2010

Akhbar HARIAN METRO

Bumi Memekik

9 Mei 2010

Akhbar MINGGUAN MALAYSIA

Di sebalik Wajah Sejarah

4 Julai 2010

Akhbar BERITA MINGGU

Genggaman Keringat

22 Ogos 2010

Akhbar BERITA MINGGU

Gaza Mengucup Aidilfitri

26 September 2010

Akhbar MINGGUAN MALAYSIA







Selamanya Bernyawa

14 November 2010

Akhbar BERITA MINGGU

Bahasa Cerminan Bangsa

Disember 2010

Majalah DEWAN BAHASA







KARYA; CERPEN

TAJUK CERPEN

TARIKH/BULAN DISIARKAN

MEDIA YANG MENYIARKAN

Dunia Baruku

Januari 2010

Majalah E@SISWA

KARYA; RENCANA

TAJUK RENCANA

TARIKH/BULAN DISIARKAN

MEDIA YANG MENYIARKAN

Remaja Kreatif dan Inovatif Memacu Kegemilangan Negara

Ogos 2010

Majalah DEWAN SISWA

53 Tahun Merdeka; Malaysia Melewati Kegemilangan

Ogos 2010

Majalah FOKUS SPM

LAIN-LAIN;

*Surat pembaca, majalah DEWAN KOSMIK Julai 2010

*Galeri Sastera, majalah TUNAS CIPTA Mac 2010

*Luahan Minda, majalah TUNAS CIPTA September 2010

*Merupakan salah seorang pemenang untuk minggu ketiga Pertandingan Menulis Puisi 2010 melalui Facebook Perbadanan Putrajaya (puisi ‘Bersimpuh di Putrajaya)

Alhamdulillah, pencapaiannya lebih baik dari tahun sebelumnya. Saya sebenarnya masih belum berpuas hati dari beberapa aspek dan ini merupakan cabaran kepada saya untuk tahun 2011. Kata Kak Salina Ibrahim sewaktu perbualan saya bersamanya seminggu lalu, kita perlu ada target!