#SAYANGSAYANG

Wednesday, December 15, 2010

ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH

Penulis muda seperti saya sebenarnya perlu didedahkan dengan anugerah yang ada. Suka saya menekankan, sememangnya kita menulis bukanlah kerana anugerah dan imbuhan semata-mata, tetapi anugerah ini dapat menjadi kayu ukur tahap kualiti karya yang dihasilkan. Saya tidak menafikan bahawa hasil penulisan merupakan sesuatu yang subjektif untuk dinilai, tetapi masih berpegang kepada struktur –struktur karya yang baik. Saya sendiri menyimpan hasrat untuk terpilih memenangi anugerah penulisan selain memenangi pertandingan menulis rencana , cerpen serta puisi di peringkat sekolah ataupun di peringkat kolej kediaman di universiti. Bukan tidak bersyukur, tetapi saya inginkan cabaran kerana ianya akan menjadikan saya lebih matang dalam penulisan. Suatu ketika, saya pernah menyimpan hasrat untuk memenangi Anugerah Citra Majalah Sekolah yang diadakan bagi mengiktiraf karya yang disiarkan dalam majalah sekolah. Saya tidak merasainya ketika di SMK Sultan Yussuf, mungkin masih belum layak jika dibandingkan dengan pelajar lain dari seluruh negeri-negeri di utara. Ketika berada di peringkat prauniversiti di Kolej Sultan Abdul Hamid, saya masih mengirimkan karya ke majalah sekolah. Nama saya mendominasi majalah sekolah dengan satu puisi dan dua rencana dipilih oleh pengetua sendiri untuk disiarkan. Mungkin Allah mendengar doa saya. Saya mendapat panggilan dari cikgu saya, cikgu Rogayah bahawa karya saya dipilih untuk menerima Anugerah Citra Majalah Sekolah DBP Wilayah Utara 2008. Perasaan benar-benar gembira ketika itu, akhirnya tercapai untuk merasainya. Terdapat kategori Cerpen, Puisi Moden, Rencana dan Puisi Tradisional (Setiap kategori, 10 karya terbaik dipilih). Berikut merupakan kemenangan yang dimenangi sekolah saya;

MAJALAH SEKOLAH TERBAIK KESELURUHAN 2008

SM Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang.

MAJALAH SEKOLAH TERBAIK KATEGORI BAHASA 2008

Johan; KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID, KEDAH.

Naib Johan; SM TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, PULAU PINANG.

Ketiga; SMK TENGKU SULEIMAN, PERLIS.

KATEGORI PUISI MODEN

Mohammed Ruheizad Mohammed Rushdan (Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah)

Mohd Haniff Mohammad Yusoff (Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah)

KATEGORI RENCANA

Nur Syafiq Che Isa (Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah)

Mohd Haniff Mohammad Yusoff (Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah)

*Sumber; Jendela Utara Disember 2008

1 comment: