Thursday, December 16, 2010

MPR 2009: SETAHUN SUDAH JALINAN INI!




Pejam, celik, pejam, celik. Pantasnya masa berlalu tanpa pernah lengah sesat cuma. 19 Disember 2010 ini genaplah setahun jalinan antara saya dengan Keluarga MPR 2009. Sekadar imbas kembali, 19 Disember 2009 hingga 25 Disember 2009 bertempat di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson, seramai 27 penulis baru dan muda berkampung bagi menuntut permata ilmu yang berharga. Alhamdulillah, selepas sahaja tamat perkampungan tersebut selama seminggu, kami bangkit dengan karya-karya kami. Ahli keluarga kami sudah terbit dengan empat buah novel serta satu kumpulan puisi dalam setahun selepas kami ditauliahkan sebagai mantan MPR 2009. Karya eceran juga membusi media-media tempatan. Tahniah buat seluruh ahli keluargaku dan salam rindu!

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Semoga hubungan ini terus berkekalan sampai bila-bila. Aminn... :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    insya Allah saya akan bertandang semula ke bumi PD ^___^

    ReplyDelete