Friday, October 22, 2010

NOVEL-NOVEL TERBARU TULISAN MANTAN MPR 2009

Menjadi sebahagian daripada keluarga MPR 2009 membuatkan saya cukup gembira kerana di kelilingi mereka yang berkongsi minat dengan saya. Hampir setahun sudah perkampungan kami dan saya tidak menjangka, keluarga kami begitu tekun mengarang. Bukan setakat karya eceran yang disiarkan dalam majalah-majalah dan akhbar-akhbar tempatan, tetapi juga mempunyai novel sendiri. Setakat ini, mantan perempuan terlebih dahulu melangkah bergaya dengan novel masing-masing. Mantan lelaki, belum seorang pun lagi yang melahirkan novel sulung, tetapi ke arah itu sebenarnya. Jadi, tunggu dan lihat.

Ilya Alias, kembali dengan siri O.T.A.I nya selepas menghasilkan 'Pari-Pari Hati', dan 'O.T.A.I Lawan Jadi Kawan'. Kali ini tampil dengan 'O.T.A.I Tunjuk Bakat'. Bakal guru ini merupakan anak sulung dan kini bakal melengkapkan pengajiannya.




Seterusnya, saya ingin menyetuh mengenai novel terbaru daripada Siti Munirah Abdul Rashid. Saya melihat Munirah begitu tekun menukang karya yang lebih serius temanya. Kualiti novelnya juga tidak boleh dipertikaikan. Novel pertamanya, 'Perindu Pelangi' mendapat maklum balas yang positif. Kali ini beliau tampil dengan 'Qasidah untuk Kekasih'. Saya sukakan kulit novel ini. Cantik.



Novel sulung beliau selamat dilahirkan beberapa hari yang lalu. Nurul Farehah Jaamad yang saya kenali antara paling konsisten menulis selepas pulang dari perkampungan MPR 2009. Saya yang lebih mesra memanggilnya Effa, ingin mengucapkan tahniah atas kelahiran 'Pengawas Sekolah'.



DAPATKAN SEGERA DI PASARAN!!!

SELAMAT MAJU JAYA KELUARGA MPR 2009!!!

4 comments:

  1. Salam. Terima kasih Abg Haniff di atas entri ini dan mempromosikan 'Anak' sulung Effa [ Hehehe...] Tahniah kepada Kak Munirah dan Kak Ilya di atas kelahiran 'Anak' mereka juga. Untuk Abg Haniff, Effa sentiasa menyokong karya dan mendoakan kesihatan Abg Haniff. Semoga kita kekal berkarya. ^___^ <3

    ReplyDelete
  2. Salam. Effa, ya terima kasih.
    Tunggu kelahiran 'anak' abg Anip pula ya...hahaha

    ReplyDelete
  3. Bilalah Adilla ni nak ber 'anak'..Hmmm :)

    ReplyDelete
  4. Abg Haniff : Yup! Effa sentiasa tunggu "Anak" Abg Haniff ni. hehehe...

    Adilla : Sabarlah ya. Teruskan menulis dan jangan putus asa. Usaha lebih, hasilnya tentu memuaskan hati kamu nanti. :) Tak sabar nak tunggu "Anak" kamu pula.

    ReplyDelete