Saturday, June 12, 2010

PROSES PENGHASILAN CERPEN 'DUNIA BARUKU',e@siswa JANUARI 2010

Kali ini saya ingin kongsikan proses penghasilan cerpen saya iaitu ‘Dunia Baruku’ yang telah pun disiarkan dalam majalah e@siswa Januari 2010. Secara peribadinya, saya masih baru dalam bidang penulisan ini. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Masih banyak juga lompang-lompang yang perlu saya tutupi. Apabila diminta sebuah cerpen oleh editor e@siswa ketika itu, saya terpinga-pinga. Akhirnya, saya terima sahaja tawaran yang diberikan sebagai cabaran. Rasanya sebulan juga selepas diminta oleh editor, barulah saya mengirimkan cerpen itu kepadanya. Tambahan pula ketika itu, saya harus menguliti buku-buku serta nota-nota untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Usai sahaja peperiksaan, saya cuba menyiapkan tugasan yang diberikan. Editor meminta saya untuk menghasilkan sebuah cerpen yang berkaitan dengan pembukaan sekolah untuk dimuatkan dalam edisi Januari. Editor turut menambah, agar dimesrakan dengan konsep 1 Malaysia. Saya agak kebuntuan idea ketika itu kerana harus menepati tema yang diberikan sehinggalah saya berjaya menghasilkannya seperti yang sudah diterbitkan. Pertama kali apabila editor menerimanya, dia menyatakan ‘sedihnya’ kerana saya telah mematikan ahli keluarga watak utama cerpen ini pada permulaan cerita. Saya juga mengabadikan latar tempat perkampungan melalui cerpen ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas editor e@siswa sebelum ini (kini e@siswa diterajui oleh editor baru ya) dan juga ketua editor majalah bahagian akademik Karangkraf yang memberi peluang ini dan kepercayaan kepada saya. Setelah itu, editor meminta saya untuk mendapatkan cerpen dari sahabat-sahabat saya. Saya mempromosikannya di Facebok, sehinggalah Nur Adilla menghantar khidmat pesanan ringkas kepada saya (lama juga menanti maklum balas dari sahabat-sahabat ketika itu) dan cerpennya mengisi dada e@siswa pada bulan Februari 2010 dan cerpen Syukri Sapuan pula pada bulan Mac 2010.

3 comments:

  1. abg anip..mula sekali maaf ya..warna font tulisan tu terlalu cerah dan xdpt dibaca dgn baik...sy skang juga berminat utk terbitkan buku dan menulis artikel..mohon tunjuk ajar tentang nahu BM ya...

    jadilah pengikut di blog saya pula abg anip.
    http://kalammindamuiz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ya. setuju. sukar untuk baca jika guna layout ini. cerah sgt.warna kurang sesuai

    ReplyDelete
  3. MUIZ; Em, Terima kasih atas teguran tu. teruskan menulis...

    SYUK; Terima kasih...saya dah ubah warnanya..hehe

    ReplyDelete