Friday, September 12, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !


Assalamualaikum Warahmatullah. Kali ini saya sertai segmen abang angkat saya (alamak habislah kena baling senduk dengan dia): Ben Ashaari. Segmen abang Ben ni lebih terarah kepada fokus kita sebagai blogger.  Petua saya ketika menyertai segmen ini ialah setiap soalan dibaca dengan teliti agar dapat dijawab dengan jujur sekali.

1 1. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai blogger kepada orang sekeliling anda, masyarakat dan negara. Apakah isu yang ingin tekankan terutamanya sekarang ini !

Peranan blogger sangat besar bersesuaian dengan iklim dunia sekarang iaitu dunia tanpa sempadan. Seluruh dia mampu mengakses dan membaca blog kita, jadi kita berperanan untuk menyampaikan dan berkongsi sesuatu, biarpun perkongsian kita tampak kecil tetapi tetap memberikan sesuatu kepada pembaca blog kita. Isu yang hendak ditekankan pula bergantung kepada pengalaman dan misi utama sesebuah penciptaan sesebuah blog. Sebenarnya, macam-macam yang hendak dikongsikan, oleh kerana mulut ini hanya ada satu, jadi blog adalah medium terbaik untuk meluah dan berkongsi segalanya.
2  2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit, apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa? Apakah bisnes yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa hadapan?

Wow, alangkah girangnya hati ini jika blog ini dapat menjana pendapatan, tetapi saya mahu meneruskan kerjaya saya walaupun ianya menjadi realiti sebab saya suka buat banyak benda dan saya cepat stress kalau fokus pada satu kerja saja. Bukan tamak tau!  Bisnes? Jual kain kot. Hahaha.

      3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai blogger terhadap dunia blog ini.

Harapan? Banyak sebenarnya. Pertama harapan, masyarakat tidak melihat blog sebagai medium picisan semata-mata. Blog merupakan saluran yang banyk manfaatnya yang boleh membangunkan masyarakat. Saya juga berharap blogger-blogger menaip di blog mereka dengan penuh keikhlasan. Ya, paling penting menaip dengan-IKHLAS.

Yang teringin untuk sertai boleh terus ke SINI. Sampai petang ini saja segmen ini berlangsung. Terima kasih kepada yang sudi datang menjenguk ke sini ya. 

12 comments:

  1. menaip dengan ikhlas ? macam saya kan? hahaha...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Haniff.. Salam kenal! ^_^
    Datang melawat dari segmen sama.. Hehe..
    Amboi.. Membuai2 jiwa masuk blog ni dengan muzik instrumental tu.. Sesambil baca entri sesambil jiwe2 gitu.. Hehehe.. Oh, btw done follow sini.. Jemput singgah ke blog saya juga.. ^_~
    SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....ya salam kenal!
      Bolehlah selalu datang sini sambil joget-joget....hehehehe...

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    sekali baca terasa gaya bahasanya yang tersusun, jelas dan isi dan huraian lengkap. Kalau jawab soalan peperiksaan ni gerenti boleh dapat A+++.... he heheh salam kenal dari Segmen Ben Ashaari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam,
      Terima kasih...hehehehe...salam kenal juga ya.

      Delete
  4. Datang memfollowkan diri

    http://acikwatie.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  5. Ros singgah sini dari segmen yang sama :) done follow. #296
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  6. Dari segmen yang sama.

    http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete