Catatan tertangguh juga sebenarnya berkisar
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL2014) yang saya kunjungi dengan
beberapa orang sahabat. Kali ini sehari sahaja, tidak seperti PBAKL 2013 yang
kami bermalam beberapa hari di Kuala Lumpur. Bagi menjadikan perjalannan kami
bertambah menarik, kami memilih untuk melalui udara. Mungkin juga rezeki kami,
harga tiket juga sangat berpatutan dan lebih berbaloi jika dibandingkan dengan
menaiki bas, jadi kami putuskan untuk menaiki pesawat Air Asia ke Kuala Lumpur.
Pagi-pagi
lagi, ayah sudah menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Sekitar 6.30 pagi, lapangan terbang pun lengang lagi. Dan saya menunggu pula
tiga orang lagi kawan saya yang bertolak dari UUM menaiki teksi. Kami berlepas sekitar pukul 8.35 pagi dan tiba
di LCCT kira-kira sejam kemudian. Kembara kami diteruskan dengan menaiki bas ke
KL Sentral pula. Tiket bas ini boleh dibeli sekali ketika membeli tiket kapal
terbang Air Asia, tetapi kami membeli terus tiket bas pada hari kejadian dan
basnya sentiasa ada (dalam erti kata lain kuantiti basnya banyak dan tidak
perlu menunggu dalam masa yang lama).
Kembara
kami diteruskan dengan menaiki LRT Star untuk ke PWTC. Kali ini agak lain
suasananya berbanding tahun lalu. Orang tidak terlalu berasak dalam LRT untuk
ke PWTC. Mungkin kerana hari berkerja dan bukan musim cuti sekolah. Walau
bagaimanapun, suasana di PWTC tetap sesak dengan kehadiran manusia yang
pelbagai ragam. Sempatlah saya menggunakan baucar buku untuk membeli beberapa
buah buku yang saya idam-idamkan. Fokus PWTC kali ni, saya nak dapatkan
beberapa naskhah pemenang Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BERITA HARIAN, terutama
karya Ruhaini Matdarin dan Roslan Jomel dan saya berkejaran mencari karya
terbaru Faisal Tehrani. Seperti tahun-tahun sebelumnya, PBAKL yang seperti
majlis hari raya buat peminat buku menemukan saya dengan beberapa orang rakan
penulis yang lain.
Petang
itu, setelah usai membeli-belah, kami kembali ke KL Sentral tanpa perancangan
yang betul-betul dirancang, tambahan pula kami belum membeli tiket untuk pulang
ke Kedah. Mengikut perancangan awal, kami mahu pulang menaiki kereta api tetapi
seminggu sebelum itu, tiket telah habis. Saya ada meminta pertolongan seorang
sahabat untuk menanyakan hal yang sama di KL Sentral sebelum hari kejadian,
ternyata hampa-tiket kereta api Senandung Langkawi pada hari itu memang sudah
habis. Entah macam mana, petang itu saya terfikir untuk bertanya lagi di kaunter.
Memang rezeki kami, hari itu tiket ditambah lagi, dapatlah kami menaiki kereta
api malam itu. Masa yang berbaki digunakan untuk mengisi perut dan
jalan-jalan.
Kereta
api pada malam itu menepati jadualnya. Perlahana-lahan meninggalkan kota raya,
perlahan-lahan meninggalkan pengalaman kami di PBAKL 2014. Jumpa lagi PBAKL
2015!
No comments:
Post a Comment