#SAYANGSAYANG

Thursday, September 8, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Bukan mudah untuk menjadi penulis. Saya juga pernah terfikir bahawa berada dalam dunia penulisan juga punya gosip dan kontroversi seperti dunia artis. Bukan semua orang suka akan karya kita dan setiap tangan yang menulis itu punya caranya yang berbeza-beza.

Kita menulis untuk dibaca oleh khalayak masyarakat, dan bagi saya sia-sia sahaja menulis jika tujuannya bukanlah untuk dihidangkan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, setiap kali mengirimkan karya, saya sematkan juga azam agar karya saya disiarkan. Paling mengembirakan pastinya apabila kita mengetahui, ada yang sudi membaca karya kita.

Melalui laman sosial Facebook oleh seseorang yang saya tidak kenal, lalu memperkenalkan dirinya sebagai seorang insan yang seringkali mengikuti karya-karya eceran saya melalui majalah dan akhbar. Sebagai bukti, dia telah menaip semula puisi-puisi saya dalam bentuk berilustrasi menarik.

Terima kasih ‘Ostwalt Argentum’ atas sokongan dan kesudian anda membaca serta mengumpul karya-karya saya.




3 comments:

  1. Carilah pengkritik pula.
    Biasanya pengkritiklah yang menaikkan penulis.
    Apabila karya kita sudah betul-betul banyak, pasti akan ada yang berminat untuk menganaliss pemikiran kita.
    Setakat ni, karya aku belum banyak. Malah, masih jauh untuk mengatakan karya aku belum cukup banyak.

    ReplyDelete
  2. KHALIL ZAINI: Betul tu Khalil. Cadangan yang menarik. Alah, karya ko pun dah banyak la...

    ReplyDelete
  3. xramai anak mude yang suka berkarya sekarang...
    agak bagus penulisan kamu...
    keep it up..

    teruskan menulis dan berkarya ;)

    ReplyDelete