Thursday, March 11, 2010

KEWARASAN MATI



Gersangnya laman iman
bayi tiada dosa jadi mangsa
kontangnya wadi perasaan
anak kecil dibunuh tanpa kasihan
debunga kasih berguguran
kala nafsu menjajah kewarasan.

Beginilah,
masyarakat akhir zaman
langsung tiada pedoman.


MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK, KEDAH.

BERITA MINGGU,
AHAD, 28 FEBRUARI 2010

1 comment:

  1. salam sdr haniff
    manusia tidak lagi dipacu iman dan kemanusiaan
    tetapi mereka dipacu syaitan berpaksikan kebinatangan...

    ReplyDelete