Saturday, December 5, 2009

MINGGU PENULIS REMAJA (MPR) 2009



Menyoroti tahun 2008 yang lalu, saya begitu teruja melihat iklan program MPR 2008. Seingat saya, saya bertambah teruja untuk menyertainya setelah membaca rencana mengenai MPR hasil tulisan abang Khairul Nizam Abd. Raub menerusi ruangan 'Siswa MPR' dalam majalah Dewan Siswa sepanjang tahun 2008. Setiap bulan pelbagai topik yang menarik diketengahkan oleh abang Khairul Nizam dan kejayaan mantan-mantan MPR menjadi inspirasi saya. Saya telah menghantar borang pemohonan beserta salinan karya untuk mengikuti program MPR 2008. Alhamdulillah, saya terpilih. Namun kegembiraan saya hanya sementara setelah mengetahui tarikhnya yang bertembung dengan kelas bahasa Inggeris saya di universiti. Saya pasrah dan menyimpan hasrat untuk memohonnya pada tahun berikutnya.

Tahun 2009, saya memasang impian untuk menyertai MPR 2009. Sehingga pertengahan 2009, saya masih belum mendengar sebarang berita mengenai MPR 2009. Sehinggalah pada suatu hari, saya dimaklumkan Kak Zeti (penyelaras MPR)bahawa program MPR 2009 tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu. Waktu itu, saya masih belum mengalah. Saya mengeluh di laman sesawang MPR dan laman sosial 'Facebook' pengikut MPR.Harapan kami tidak berkubur begitu sahaja. Alhamdulillah, doa saya dan mungkin beberapa orang lagi termakbul. MPR 2009 akhirnya diadakan juga. Saya terus memohon dengan menghantar borang pemohonan MPR 2009 bersama-sama dengan salinan karya saya.

Alhamdulillah, kak Zeti telah memaklumkan kepada saya bahawa saya terpilih melalui emel. Sehari sebelum menyambut Aidiladha, saya mendapat pula surat tawaran rasmi dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya.

Menghampiri tanggal 19 Disember ini, perasaan saya sangat teruja, gembira dan berdebar-debar untuk bertemu sahabat-sahabat baru yang hebat-hebat belaka, bertemu fasi-fasi yang berpengalaman, bertemu mantan-mantan MPR, bertemu editor-editor majalah terbitan DBP dan sudah pastinya mengutip ilmu yang berharga di samping pengalaman yang bernilai !


Nota kaki; kepada saudara NOOR FAIZAL GHAZALI, MOHD AMIRUL HAMUDIN, MUHAMMAD SYUKRI SAPUAN, AHMAD MUZIRU IDHAM ADNAN, SHAMSUL AMIN serta saudari NURAINI RUZI dan NUR ADILLA ABD RAHIM. ~JUMPA KALIAN DI SANA~ MOGA UKHWAH YANG TERBINA TERUS BERBUNGA MEKAR BUAT SELAMANYA !

Kepada saudara SHUKRI MOHD ALI, nampaknya belum ada rezeki untuk kita berjumpa. Saya percaya anda seorang penulis muda yang cukup bagus dan semoga menjadi warga MPR 2010 nanti ! =)

6 comments:

  1. Salam Niff, semoga kita ketemu nanti. Entri ini semakin mengerujakan aku. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Salam abang Hanif.

    Moga kita ketemu nanti ya!!!!!!!!
    Teruja ni. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, adik.
    Tahniah ya. Akak pun ditawarkan oleh Kak Zeti tiga bulan lalu dan akak pun memang teringin ingin sertai MPR tetapi tarikhnya tidak sesuai kerana perlu menjalani praktikal di DBP. Apa-apa pun, tahniah untuk kalian dan manfaatkan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. salam.

    wah. entri khas. eja nama betul pula tu. mana kau godek nama-nama kitorang weh? ahahahaaa... jumpa nanti di sana. :)

    ReplyDelete
  5. N. Faizal
    - Salam Faizal, ya ketemu nanti. Teruja ka??? Hah, baca banyak kali entri ni...k

    Ahmad Muziru Idham
    - Salam adik muziru...ya, ketemu nanti.
    Teruja juga??? Baca entri ni banyak kali...k

    Kak Wardah Munirah
    - Terima kasih kak. oh, kalau macam tu, boleh la berjumpa sebab ada aktiviti di DBP nanti.

    Crixerity
    - Berbelit-belit tangan aku nak taip nama ko ni...haha. Huhu, aku ni menghargai nama penuh korang...haha. Kalau nanti ada orang panggil ko Mohd Amirul Hamudin...hah, tu aku la tu...
    ya...jumpa di sana nanti...

    ReplyDelete
  6. salam.

    haha.huhu. (taktau nak suka atau sedih bila baca entri ni)

    alamak, terbaca nama sendiri pula!!! =)

    insyaAllah...kalau ada rezeki. namun seperti kata bonda ani, teruskan menulis,menulis dan menulis =)

    ReplyDelete