#SAYANGSAYANG

Monday, July 6, 2009

KUNANTIKAN MPR 2009 !

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Bagi mereka yang meminati penulisn kreatif, pasti ingin menyertai Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Begitu juga dengan aku. MPR tidak pernah tercicir untuk melahirkan graduan yang berjaya. Perasaan untuk belajar dunia penulisan semakin membuak-buak. Aku telah mengisi borang penyertaan MPR 2008. Dek kekangan waktu di universiti, aku terpaksa menghantar borang penyertaan pada saat-saat akhir dengan menggunakan pos ekspress. Aku amat berharap agar aku terpilih untuk menyertainya. Aku telah menerima panggilan telefon dari pihak DBP yang mengatakan bahawa aku telah terpilih menyertai MPR 2008. Alhamdulillah...teruja dan gembira sangat. Impianku untuk mendalami ilmu penulisan kreatif bakal tercapai. Aku juga menyimpan hasrat untuk bertemu penulis-penulis muda yang lain untuk berkenalan dan berkongsi pandangan. Namun, hanya Tuhan yang mampu menentukan segala-galanya. Tarikh MPR 2008 bertindih dengan kelas bahasa inggerisku di universiti. Aku terpaksa melupakan impianku untuk menyertai MPR 2008. Oleh yang demikian, aku menyimpan hasrat untuk menyertai MPR 2009....semoga tercapai! Insya-Allah.

2 comments:

  1. Selamat menjadi warga MPR...

    Awak penyair yang prolifik... Semoga terus berkarya untuk agama dan kebenaran..

    ReplyDelete
  2. salam saudara..saya juga ternanti nantikan mpr 2009..bila mahu menjengah ya?huhu

    ReplyDelete