Tak sempat nak taip untuk segmen-segmen sebelum ni. Rindunya....rindu sangat dekat Sahabat Blogger (muah cikit). Terima kasih Mal sebab wujudkan segmen #BloggerTalk. Sekurang-kurangnya Sahabat Blogger masih bernyawa. Ya, masih!
Baiklah, kita rungkai satu persatu ya. Dunia blog bukanlah sebuah pilihan yang menjanjikan kau untuk menjadi kaya dalam sekelip mata, bukan jua tempat untuk kau menjadi retis internet. Bukan sama sekali, sayang. Walau bagaimanapun, melalui blog memberi kau pilihan untuk pelbagai cabang tujuan untuk kau kongsikan bersama pembaca.
Berblog sangat menguntungkan apabila kita dapat berkongsi sesuatu melalui pengalaman yang kita lalui. Mungkin niat kita sekadar untuk menitip rasa, contohnya seperti pertama kali memasak sambal udang, pengalaman melancong ke Zimbabwe dan kenangan jatuh basikal. Bagi pembaca blog kita, yang kita taip di blog sangatlah berguna sebagai panduan bagi mereka yang belum pernah rasa apa yang kita rasa. Perkongsian yang mudah!
Mempunyai blog sangat menguntungkan. Dapat kenal-kenal dengan blogger lain, meluaskan rangkaian silaturrahim. Salam kenal kepada yang baru singgah sini. [Kenal Kek Nis? Kek Nis dah nak kahwin...itu sahaja.] Blog juga sebenarnya boleh jana pendapatan tapi kita tidaklah menjadikannya sebagai tujuan utama untuk mempunyai blog. Benda tu akan datang dengan sendirinya. Nanti Nuffnang bayarlah kat kita!
Kadang-kadang aku rasa blog adalah tempat terbaik untuk aku meluahkan sesuatu dengan nada berlapis-lapis. Blog ni pun macam media sosial yang lain yang sebenarnya seperti diari elektronik. Kita sememangnya perlu untuk meluahkan atau memuntahkan segala yang terbuku di hati dan melalui blog kita mampu untuk melakukannya. Siapa yang untung dalam hal ni? Jiwa raga kita yang untung, daripada merana terseksa.
Merugikan masa? Bukan ke dengan berblog dapat mengisi masa lapang?
Sampai di sini dahulu huraian penuh ilmiah kita kali ini, Insya-Allah aku akan sertai lagi segmen SB yang lain.
Salam manis.
#BloggerTalk
Best bro!!!
ReplyDeleteMmg cun!!!
Part isi masa lapang tu setuju...
Terima kasih awak. =D
DeleteKek nis dah nak kawin. Fatin liyana pun dah nak kawen. hmm . Anep bila lagi ?
ReplyDeleteLambat lagi kot HH....hehehe
DeleteKek nis dah nak kawin. Fatin liyana pun dah nak kawen. hmm . Anep bila lagi ?
ReplyDeleteTerbaik ! Salam perkenalan. Saya pun dari segmen yang sama. Jemput singgah ke blog saya :D
ReplyDeleteSalam kenal. Terima kasih. Saya dah follow blog awak. Hihihi =D
DeleteTerbaik entri dia... kita masih belum ada ideal nak menulis huhuhu
ReplyDeleteHuhuhu....terima kasih!
Deletebagi Sha tak membuang masa mengisi masa lapang ada laa...elok laaa isi masa lapang berblogging dari isi masa lapang ngan hisap dadah atau buat kerja2 tak senonoh..hehe ^_^
ReplyDeleteMinta dijauhkanlah yang tak senonoh-senonoh tu kan...hihihi.
DeleteSudah lama saya menyertai blog. Banyak asam garam blog saya belajar. Yang penting perlu tahu niat berblog. Barulah boleh tahu ke mana arah blog itu akan dibawa. Nak dapat duit, itu perlukan sedikit pengalaman dan kepakaran. Tak gitu?
ReplyDeleteYa. Begitulah...hehehe. Seronok ada blog ni dan kita juga tak sangka blog kita turut dibaca oleh orang lain juga.
Delete