#SAYANGSAYANG

Thursday, September 12, 2013

CERPEN | MANUSIA SEKERAT ULAR SEKERAT BELUT | BAHASA MELAYU

'Manusia Sekerat Ular Sekerat Belut'-Berita Harian Ahad, 8 September 2013

Alhamdulillah, akhirnya cerpen ini mendapat tempat di media. Menunggu masa untuk disiarkan pun tidaklah lama, dalam erti kata lain tidak sampai sebulan daripada tarikh penghantarannya. Sebenarnya, sebelum ini saya mengirimkan cerpen ini ke sebuah majalah dan setelah beberapa bulan menunggu, saya pun menarik kembali cerpen ini daripada editornya, lalu dikirimkan kepada editor sastera Berita Harian Ahad dan menemui pembaca pada 8 September 2013. 

Malam sebelum penyiarannya, saya sudah dapat merasai aura penyiarannya pada hari esok, sehinggalah pagi itu saya membaca beberapa mesej yang diterima (selalunya, hati akan berdebar-debar dan seolah-olah saya dapat mengagak bahawa esok karya saya disiarkan). Semoga beroleh manfaat daripada cerpen saya ini.

Ucapan tahniah juga saya terima menerusi Facebook, terima kasih!
-Tengah menulis cerpen yang seterusnya. Doakan ya!

11 comments:

  1. Tahniah, Haniff. Dah lama abang tak hantar cerpen ke sini. Dan, dah lama tak tulis cerpen baru.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetamu Istimewa : Terima kasih abang Helmi. Saya lagi lama abang Helmi kalau nak dibandingkan dengan abang Helmi. Abang Helmi rajinlah juga. Nanti ada masa hantarlah.

      Delete
  2. Bang nip, tahniah....teruskan usaha.... :)

    ReplyDelete
  3. tahniah haniff!
    tajuk pun dah mengancam.. :p
    boleh baca di mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzafahmad : Terima kasih Muzaf! Nanti saya kelapangan sikit saya turunkan di blog ni.

      Delete
  4. tahniah saudara.. saya selalu guna perumpamaan sekerat ulat sekerat belut bagi penomena percampuran kod.. pernah tergerak hati untu buat cerpen perihal ni tapi tak terjangkau dek minda.. tiada idea.. hehe, maka jadilah saya orang yang rugi kerana tak sempat baca cerpen ni tempoh hari.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera murah: Terima kasih....hehehe...lain kali kalau dapat idea, terus tulis ideanya dalam buku nota... =)

      Delete
  5. Macam best jer... klu terlepas baca, kat mana boleh saya dapat baca lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru masukkan dalam blog ni. Jemput baca ya.

      Delete
  6. Bilalah nak ada rezeki saya pula? Hehe. Belum pernah dapat terjah media-media besar macam ni. Karya pun, entah berkualiti, entah tidak.

    ReplyDelete