#SAYANGSAYANG

Wednesday, August 21, 2013

KAD RAYA | TRADISI MENGIRIM KAD RAYA | KAD RAYA SELEBRITI

Kad raya yang diterima pada tahun 2013

Pada tahun ini, saya masih menerima kiriman kad hari raya cuma bilangannya tidaklah sebanyak dahulu. Paling banyak saya pernah menerima 50 keping kad hari raya pada tahun 2004. Tahun-tahun sebelum itu, juga selalunya mencecah 20 keping dan apabila kedengaran hon motosikal posmen di pintu pagar, saya dan adik-adik berebut mendapatkan posmen. Kegirangan dan kebahagian menerima kad hari raya ketika itu sukar untuk diterjemahkan. Namun, bilangannya semakin lama semakin sedikit dan kita juga maklum akan perkembangan teknologi yang lebih menjadi pilihan pada era ini. 

Saya sendiri pada tahun ini tidak sempat untuk mengirimkan kad hari raya walaupun sekeping seperti tahun-tahun sebelumnya. Sebenarnya saya juga gemar mengutus kad raya buat sahabat-sahabat, guru-guru dan tidak lupa juga buat editor-editor majalah dan juga dalam kalangan selebriti. Oh ya, untuk beberapa tahun juga saya mengirim kad raya buat Yang di-Pertuan Agong. Sesiapa yang mengirimkan kad raya buat Yang di-Pertuan Agong, pasti akan menerima balasan sebuah kad raya khas yang serba kuning. Saya juga pernah menerima kad raya daripada editor-editor majalah DBP dan juga Karangkraf. Selalunya, kad raya daripada selebriti ni cantik-cantik. Saya pernah menerimanya daripada Dafi, Aizat Amdan, Sheila Amzah, In-Team, UNIC, Amar dan juga Aznil Hj. Nawawi.

Perasaan menerima kad ucapan hari raya adalah sesuatu yang berbeza dengan menerima ucapan melalui SMS ataupun menerusi laman sosial. Terima kasih kepada mereka yang sudi mengirimkan kad hari raya buat saya. Ada tu, siap hadiahkan butang baju Melayu buat saya. Terima kasih la ya!

Bergaya bersama kad raya Aizat Amdan


9 comments:

  1. Seronoknya dapat kad raya. Abang dapat dua saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok....hehehe. Ok la tu dua keping.

      Delete
  2. untung lah dpt kad raya dari retisss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak dapat kad raya dari HH, nak tengok tulisan HH. HH pun artis!

      Delete
  3. Kad Raya Sudah Tiada
    Hilang Entah Kemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang ke mana? Nanti boleh beli lain...

      Delete
  4. kad raya...teringat zaman persekolahan dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummu Amar: Betul tu Kak. Masa zaman sekolah dulu rajinlah nak beli dan kirim kad raya ni =)

      Delete
  5. Samalah bang. Saya pun masih suka hantar kad raya. Walaupun sekarang susah nak dapat semula. Hehe. Dulu selalu berbalas-balas kad raya. Cuma tahun ni, saya langsung tak sempat hantar kad raya kepada sesiapa.

    Tapi saya bukan artis macam abang, dapat sampai berpuluh-puluh. hewhe

    ReplyDelete