Wednesday, November 14, 2012

HASIL TANGKAPAN TERBAHARU

Membeli buku adalah suatu kenikmatan, tetapi saya amat takut untuk membelinya dalam jumlah yang banyak. Cukup sekadar yang termampu mengikut wang dalam kocek dan kesediaan diri saya untuk membacanya. Dalam bulan ini sempat saya membeli dua buah buku dari dua gedung buku yang berbeza. Buku yang pertama saya beli di koperasi UUM, dengan harga yang istimewa iaitu antalogi cerpen remaja HSKU 2011. Buku yang kedua pula saya beli di Toko Buku Cahaya, satu-satunya pengedar buku-buku DBP di Alor Setar. Kedai yang kecil dan keadaan yang panas tidak saya hiraukan. Dari rak ke rak saya pergi, dari satu buku ke satu buku saya belek. Oleh kerana, azam saya tahun ini mahu membaca lebih banyak cerpen, saya sambar antalogi Hadiah Sastera Maybank-DBP 1996: Mercu 5.  Oh, bahagianya!

2 comments:

  1. Dah lama ke pergi Toko Buku Cahaya? Majalah DBP November 2012 dah sampai?
    Ya, kedai ni semakin kecil. Kadang-kadang sukar untuk mencari buku. Susunan kurang teratur dan kemas. Kalau bernasib baik, terjumpa buku yang bagus.

    ReplyDelete
  2. Kecil dan panas! Basah baju saya...hehehe

    ReplyDelete