#SAYANGSAYANG

Sunday, October 30, 2011

NASKAH MERDEKA

NASKAH MERDEKA

Kita tidak cakna menaakul naskah merdeka

biarpun kian lama menjunjung sini sana

apakala selesa dihadap mata, hati pun buta

lupa dahulunya moyang kita sengsara

demi bahagia cucuanda tercinta.

Seketika cuma menyelak naskah yang diwarisi

sekadar membaca tanpa jiwa

sekadar tahu tanpa rasa

sekadar faham tanpa halusi makna

sejarah hanya sia-sia.

Malangnya tanah pusaka bertunjang susila

menangis teresak-esak pada dunia

naskah merdekanya diconteng anak bangsa!

MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF

Hutan Kampung, Alor Setar.

Disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 7-9 Oktober 2011

No comments:

Post a Comment