Monday, May 30, 2011

MENULIS [KULUPAKAN SEKETIKA]

Menulis itu jiwaku. Pernah juga dalam waktu sibuk pun aku menulis. Pesan orang yang berpengalaman, tulislah walaupun dihimpit kesibukkan dan waktu sebegitu mampu menghasilkan karya yang baik. Aku mempercayainya kerana aku pernah meraih idea yang tidak pernah aku sangka ketika menulis dalam waktu sebegitu. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini separuh jiwaku untuk menulis ni seakan-akan kian sirna. Ada juga yang tidak mempercayainya, kerana, ada juga karyaku yang disiarkan pada tahun ini. Percayalah itu semua tulisanku pada tahun lalu, bukan tahun ini. Sebenarnya, aku kecewa. Mungkin dek kerana meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Melihat novel-novel rakan seangkatan yang semakin banyak terbit, aku jadi sayu. Kecewa sebab tidak seperti yang dijanjikan. Katanya, anak aku dengan kerjasama Encik F sempat untuk menjengah PBAKL 2011, tetapi sampai sekarang belum siap-siap. Dari bulan Disember 2010 hingga April 2011, maklum balas yang diterima ialah masih dalam proses membuat kulit. Maafkan aku Encik F, aku bimbang kerjasama kita ini mengecewakan kau. Jujurnya, menulis masih belum lagi dapat aku tatang dan cintai seperti sebelum ini.

1 comment:

  1. Tabahkan diri, abg haniff. Sabar itu separuh daripada iman. Percaya dan yakin pada diri sendiri. Jangan putus asa. Masing-masing punya nasib dan rezeki yang berlainan...

    Teruskan menulis dan jangan berhenti...

    ReplyDelete