Tuesday, December 18, 2012

BUAH PENA ALUMNI MPR -KISAH PERCINTAAN SAYA

Alhamdulillah, editor majalah Tunas Cipta yang sebelumnya telah mempelawa untuk mencoretkan perjalanan penulisan saya dalam majalah 'Sastera Generasi Baharu' sebagai mantan MPR 2009. Saya pun mencoretlah tulisan ini dan ditangguhkan penghantarannya memandangkan saya sibuk dengan pengajian yang baru sahaja bermula serta perlu menguruskan beberapa hal berkaitan hari bersejarah saya sebagai seorang mahasiswa. Akhirnya, tulisan saya menghiasi majalah tersebut untuk keluaran Disember 2012-sangat signifikan saya kira kerana genaplah tiga tahun saya bergelar graduan MPR. (MPR 2009 berlangsung pada 19-25 Disember). Pun begitu dua lagi rakan MPR 2009 yang cukup hebat terlebih dahulu menghiasi ruangan ini iaitu Syukri Sapuan dan Nurul Farehah. Alhamdulillah, semoga selepas ini giliran adik-beradik yang lain pula. Terima kasih juga yang sedaya upaya mendapatkan majalah ini yang sememangnya sukar untuk ditemui di pasaran. 

Walau bagaimanapun, saya memohon maaf atas beberapa kesalahan fakta dalam rencana, kesalahan penerangan gambar serta jika rasa kekurangan apabila membaca cerpen 'Seredup Belantara Cinta'. Saya mohon maaf. Terima kasih kepada mereka yang bertungkus-lumus menyiarkan tulisan saya ini. Sesungguhnya, saya hanya insan kerdil dalam mandala penulisan ini!

 Bergambar bersama Puan Nisah Haji Haron ketika Seminar Penulisan Novel Tarikan Penamu UUM

 Antalogi  Puisi Elegan, terbitan sulung Legasi Oakheart

 Anugerah Khas Juri, Rangkap Pantun Boria Terbaik


Terima kasih Tuhan, atas segala cinta!-Mohd Haniff Mohammad Yusoff

Nota: Saya tidak pernah menjadi pengadil pertandingan boria, apatah lagi menghakimi karya sendiri dalam pertandingan dan sekali gus memberi kemenangan kepada karya saya. Tidak logik di situ. Sejarah boria pun belum saya kaji lagi.

Sketsa:
Kak Peah: Lawanya gambaq hang Rokiah, sat ni aku nak buat layout elok-elok kat album kahwin hang.
Rokiah: [hanya senyum...senyum...senyum...]

Dalam hati, Rokiah menangis setelah album gambar kahwinnya siap!

4 comments:

  1. Walau bagaimanapun, tahniah!

    *bersembahkan pantun boria... huhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...

    yang bersembahkan...hahaha... hari tu perjumpaan ASASI seronok? saya tak jadi ahli pun lagi...hahaha

    ReplyDelete
  3. Hari tu tak dapat pergi. Abang pun belum jadi ahli lagi.

    *Nota tu, dah berterabur huhuhu, maaf

    ReplyDelete
  4. Amboi, kisah percintaan. Mesti menarik! :)

    ReplyDelete