Monday, December 17, 2018

SAYEMBARA MENULIS PUISI GERAKAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN ZON UTARA 2018

Ketika berada di UKM, saya sudah menerima panggilan tentang majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan beserta tarikh dan tempatnya. Seawal itu juga saya sudah membayangkan ketidakhadiran saya memandangkan pada tarikh tersebut saya mempunyai jemputan majlis perkahwinan sahabat baik saya. Saya mengirim tiga buah puisi kepada penganjur dengan harapan ada yang tersangkut sebagai pemenang. Saya pernah berasa kesal kerana tidak menyertainya beberapa tahun lalu dan kali ini saya tidak mahu berasa kesal lagi. Tiga buah puisi saya kirimkan penghujung bulan Oktober  menggunakan kiriman Pos Laju, bimbang kiriman tidak sampai pada tarikh yang sepatutnya.


Syukur, dikhabarkan 123 puisi telah dinilai dan 8 buah puisi telah dibawa ke peringkat akhir termasuklah sebuah puisi saya yang berjudul 'Bahasa adalah Seorang Ibu dalam Rumah Kaca'. Puisi-puisi yang telah diadili oleh Dr. Shamsuddin Othman ini telah diumumkan keputusannya pada tanggal 15 Disember 2018 yang lalu. Puisi saya merupakan salah sebuah puisi yang dipilih sebagai penerima hadiah saguhati. Syukur.


2 comments:

  1. Tahniah abang Anip. Nama abang ada di sini sana semenjak dua menjak ni. Hebat. Saya kagum dan cemburu. Saya kena berusaha lagi untuk capai kejayaan macam abang juga. Selamat tahun baharu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Wanep. Ya benar, usaha jangan putus dan sentiasa berdoa diberi kemudahan dan keberkatan.

      Selamat tahun baharu, cek!

      Delete