Wednesday, November 6, 2013

MINGGU YANG TIDAK PRODUKTIF


Pernah suatu ketika menulis (baca: menaip) di blog merupakan sesuatu yang perlu dilakukan pada setiap minggu tetapi kekangan masa dan lambakan kerja menjadikan ruang untuk meluahkan segalanya di sini agak terhad tetapi saya cuba untuk tidak membiarkannya terus sepi tanpa khabar. Sebenarnya dalam seminggu ini saya kira minggu yang langsung tidak produktif bagi saya. Kesihatan saya agak terganggu memandangkan keadaan cuaca sekarang dan adakalanya sukar diramal. Seminggu juga saya demam dan saya yang tidak suka bergantung kepada ubat, lebih suka untuk membiarkannya sembuh sendiri jika saya yakin tiada yang memudaratkan. Malam-malam yang saya lalui, badan saya sangat panas dan saya tidak boleh melelapkan mata. Puas saya ke kiri ke kanan, bergolek-golek. Sesudah Subuh baru saya boleh melelapkan mata. Keadaan sebegitu berterusan untuk beberapa malam. 

Demam ini saya masih boleh kawal apabila saya tidak mengalami sakit tekak. Selera saya juga berkurangan, tetapi saya tetap juga makan sedikit untuk mengumpul tenaga, maklumlah kerja yang bertimbun menjeling sahaja setiap ketika. Seminggu jugalah, barulah saya rasa betul-betul bebas dari penjara demam ni, setelah itu fokus kembali kepada tugasan yang belum selesai. Banyak juga tugasan yang belum diselesaikan ni. Tugasan penulisan, saya ketepikan dahulu dan matlamat di penghujung tahun ini sebenarnya saya masih berharap sekurang-kurangnya dua lagi cerpen saya mendapat ruang di media (tahun yang tidak produktif berkarya juga sebenarnya).

Dalam bulan November ini terdapat beberapa lagi pebentangan dan tugasan yang perlu dihantar. Setiap satu subjek tugasannya berganda-ganda, yang perlu dibentang bukan sekali dua sahaja. Bulan Disember pula ialah bulan menduduki peperiksaan akhir. Oh ya, saya belum fikirkan tajuk untuk projek akhir saya. Semester hadapan merupakan semester terakhir saya dan perlu bergelumang dengan kertas projek. Semoga Tuhan memberikan kekuatan untuk saya mengharungi segalanya. 

Tugasan yang belum selesai

Tahniah juga kepada rakan-rakan yang karyanya diiktiraf dalam beberapa anugerah sastera negara. Biarpun keputusan rasminya belum diketahui, tetapi hasil yang saya perolehi ada ramai nama baru yang akan naik pentas kali ini. Saya turut berbangga dengan kejayaan mereka, dan terkaan saya ada yang mengena berdasarkan pembacaan saya terhadap karya mereka sepanjang tahun lalu. Tahniah! 

9 comments:

  1. Patutlah lama tak nampak kelibat abang Anip di Twitter. Tak sihat rupanya. Mujur dah okey sekang.

    Moga usaha dan harapan abang berjaya. Bilalah saya boleh berangan-angan nak naik pentas ya? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tak sihat seminggu tu. Alhamdulillah, cuma abang Anip tak boleh perut kosong, kena hujan...nanti sakit kepala la.

      Insya-Allah, sekarang pun dah boleh berangan-angan. Nanti kita naik pentas sama-sama. Baru seronok!

      Delete
  2. Wah, siapalah penerimanya itu ya. Ramai muka baru? Tak sabar nak tahu siapa pemenangnya.

    Pandainya menerka? Ada teka nama Mohd Helmi Ahmad tak? hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...Jumaat ini keputusannya, tetapi di Facebook ada yang telah memberitahu mereka mendapat panggilan, surat undangan dan juga ada yang secara terangan memberitahu karyanya menang. Jadi, tahulah beberapa orang yang akan naik pentas nanti.

      Entah-entah Mohd Helmi Ahmad akan naik pentas lagi. Tahun lepas pun dalam diam-diam.

      Delete
    2. Entah-entah Mohd Haniff Mohammad Yusoff pun dapat. Siapalah antaranya?

      Lewat panggilan telefon yang mendebarkan telah menerjah telefon Mohd Helmi Ahmad.

      Delete
  3. demam ye .. barunie baru kita berbalas komen kt fb kan? hihihihi=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya awak, saya demam...haah ada. Awak ni baiklah, walaupun awak blogger popular, tetapi awak sudi juga ke blog saya komen.

      Semoga awak cepat-cepat dapat kerja!

      Delete