Malam itu, saya mengharungi hujan
lebat untuk ke stesen LRT. Dingin benar-benar menusuk ke temulang. Ketika
berada di KL Sentral, apabila menghampiri detik 11 malam, kereta api yang bakal
saya naiki ditunda pula jadual perjalanannya beberapa minit. Ketika perlahan-lahan
meninggalkan Kuala Lumpur yang basah, saya melihat kenangan bergentayangan di
jendela tren Senandung Mutiara dan malam itu saya benar-benar beradu dalam
keadaan kedinginan dalam tren sehingga membawa kepada kesihatan saya agak tidak
stabil beberapa hari ini.
Hampir seminggu berada di Kuala
Lumpur membuatkan saya sukar untuk melupakan setiap episod kenangan yang saya
lalui. Yang pastinya, perjalanan ke Kuala Lumpur bersama sahabat sekuliah iaitu
Siti Hamira dan Judy Hakim adalah amat berharga. Tujuan utama kami adalah sama
iaitu menerjah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 dan membeli-belah di
Kuala Lumpur [Oppps].
Lawatan kami ke Pesta Buku
bermula pada pagi 1 Mei dan memandangkan jatuh pada cuti umum, maka
berduyun-duyunlah manusia yang menuju ke PWTC ketika itu. Jadi, lawatan pertama
ini tidaklah memberi kepuasan yang maksimum kepada saya, tambahan pula sukar
untuk mencari tempat untuk menjamu selera dan kami berempat ketika itu
mengambil keputusan untuk makan di Jalan Masjid India sahaja.
Ketidakpuasan saya menjelajah
PBAKL 2013 saya tunda pada hari terakhirnya memandangkan ITBM juga menyediakan
Slot Cantuman Mimpi di Sofa Putih
pada hari terakhir. Memang meriah, apabila ITBM pun menawarkan harga runtuh
pada hari terakhir. Pada hari terakhir juga kami mempromosikan Cantuman Mimpi buat pengunjung yang
hadir. Paling saya ingat pastinya situasi Cantuman
Mimpi di pegang oleh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun. Saya katakan kepadanya
bahawa dia boleh belajar menulis cerpen melalui antologi ini dan memandangkan
dia juga meminati lukisan, saya menunjukkan ‘doodle’ comel San kepadanya. Ternyata memang dia
membeli Cantuman Mimpi dan kebetulan
pula ayahnya seorang juru hebah KLfm. Adik ini juga sebenarnya sudah membaca
karya-karya berat seperti tulisan Ramlee Awang Murshid. Ternyata, Cantuman Mimpi begitu mendapat sambutan
sehingga menjadi karya terlaris di gerai ITBM sepanjang PBAKL 2013. Pastinya
ini semua usaha gigih setiap daripada yang terlibat dalam menjayakan Cantuman Mimpi. Tahniah adik-beradik Legasi Oakheart!
PBAKL 2013 turut menemukan saya
dengan insan-insan yang mengikuti perkembangan penulisan saya. Paling saya
terkejut ketika saya disapa oleh seseorang ketika berada di gerai UPSB untuk
mencari novel laris 1515 sebagai kajian dalam kuliah. Saya tidak menghampakan
permintaan mereka untuk bergambar dan memberikan tandatangan. Alahai,
betul-betul buatkan saya terharu, nantikanlah buku saya pula nanti. [Entah bila
la kan?]
Sepanjang berada di Kuala Lumpur
juga, kaki saya telah merayap ke Pasar Seni sebanyak dua kali. Selain melihat
keunikan yang ada, sempat juga saya dan kawan menjalani terapi memasukkan kaki ke dalam kolam dan membiarkan
ikan-ikan itu membersihkan kaki kami. Seronok! Pengalaman yang baharu! Kaki
saya juga telah ke DBP sebanyak dua kali dan sempat bertemu dengan Kak Mah dan
penulis muda Hanna Johan, siap dapat novel comel dia lagi beserta tandatangannya.
Bagi menambahkan keseronokan di usia remaja [remaja sangat!], saya dan kawan
saya yang sorang ni telah membawa kaki dan hati kami ke AEON Wangsa Maju dan
Mid Valley. Pada ketika kawan saya yang sorang ini pergi ke tempat kerja, saya
membawa diri seorang diri ke sekitar Jalan Masjid India dan SOGO. Pantang
nampak kedai buku, pasti saya singgah dan sempatlah membeli beberapa buku
rujukan untuk kuliah. Sambil-sambil tu membelek-belek kain yang murah di sana
sementara untuk menuggu kawan yang sorang ni habis kerja. Ahhh...kalau
lama-lama di sana memang melayang duit. Jumpa lagi Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2014! Saya tinggalkan beberapa keping gambar untuk berbicara!
Tahniah! Hebatnya. Selamat membaca.
ReplyDelete267
ReplyDeletedone follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
wow abang haniff... berjalan sakan na.... adikmu ini hanya dapat membaca saja. Semoga kita berjumpa. Merindui abangku ini...
ReplyDelete