Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Tuhan atas segala kurniaan-Nya. Akhirnya, antalogi puisi 'ELEGAN' yang dijayakan oleh 16 orang penulis kesemuanya dan turut menerima kata pengantar daripada penulis Fahd Razy telah pun siap dicetak. Merupakan terbitan sulung Legasi Oakheart dan akan mula berada di pasaran mulai 1 September 2012. Dapatkan naskhah edisi terhad dengan harga promosi iaitu hanya RM 15 sahaja. Tempahan juga boleh dibuat mulai sekarang sama ada meninggalkan nama anda di inbox akaun Facebook saya dan juga di ruangan maklum balas catatan ini.
Tahniah, Haniff. Abang Tumpang gembira. Tak pernah cerita pun kan, projek ni.
ReplyDeleteBang Helmi, terima kasih. Hehehe...bukan tak nak cerita, tapi selagi belum jadi tak mahu la dikongsikan lagi. Bila betul-betul sudah jadi realiti barulah boleh diceritakan...hehehe
ReplyDeleteLegasi Oakheart mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Haniff yang telah menyumbangkan karya di dalam antologi ini.
ReplyDeleteKalian boleh membuat tempahan dengan menyertakan Nama, Alamat, Emel, No. Telefon serta kuantiti ke legasioakheart@gmail.com
Juga dijemput berziarah ke teratak Legasi Oakheart, http://legasioakheart.blogspot.com
Terima kasih. =)