Saya tidak perlukan sesiapa untuk percayakan kata hati saya kerana setiap hati punya bicaranya yang tersendiri. Setelah beberapa bulan di kotaraya, saya mengambil keputusan untuk terus sahaja pulang ke desa. Kekangan yang terlalu menekan saya sehingga tiada lagi jalan terbaik untuk saya pilih. Saya teringatkan kepada mereka yang telah banyak menolong saya, menghadiahkan saya itu dan ini tanpa saya duga serta menjaga saya dengan baik. Paling penting saya tidak pernah menyesal selama akrab bersama mereka, kerana merekalah ‘cikgu’ yang mendidik saya. Terima kasih untuk sebuah kebahagiaan, dan maafkan saya atas segala kekurangan. Luahan rasa SEPEKAT KOPI ini telah lama saya nukilkan dan rasanya ingin saya kongsikan walaupun hakikatnya saya tahu banyak compangnya.
SEPEKAT KOPI
Aku menilik ketulusan mata kalian seketika
setelah itu kita memesan kopi tiga
dan aku mentafsir dari jiwa ke jiwa
mengapa kopi jua yang kita pilih bersama
sedangkan,
adakalanya kita tidak sefikir
tidak sekata.
Asalnya, kita dari ceruk desa berbeza
kerana tinta, kita bersatu
menulis kisah tanpa jemu.
Aku merenung zulmat kopi
dan aku mengerti
keakraban kita sepekat kopi.
-ANiP
Wangsa Walk-Jalan Semarak-Bangsar-Hutan Kampung
Ane~ kopi tiga ! :p
ReplyDeleteTahniah puisi di Mingguan Malaysia. Nampaknya kembali prolifik dalam berkarya.
ReplyDeleteTetamu Istimewa: Saya tiada kredit nak balas SMS, nanti saya kirim emel.
ReplyDeleteTahniah Haniff. Kisah kopi dan karya di MM amat membanggakan kakak. Karya Haniff semakin matang dan bermakna. Tahniah! :)
ReplyDeletePatutlah ingat semenjak dah popular ni dah tak ingat kita yang baru merangkak memanjat menara kreatif ni.
ReplyDeletePedas dan tajam. Haniff, ambil iktibar. hehe
DeleteKak Hasni: terima kasih kak! terharu mendengarnya.
ReplyDeleteAbang Helmi: WAAAAA...mana ada, kalau saya tak balas SMS tu, memang saya tak de kredit la tu. saya jarang topup sebab kalau topup, kredit saya cepat habis...hehehe...=)
Abang gurau saja tau Adik Haniff, jangan terasa hati pula. Ok, abang akan nantikan emel daripada adik.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletepuisi ini sgt bgus dan puitis..nur suka menulis sjk sjk dr skolah rendh lg..tp hya untuk diri sndiri.lgpon rasa2nya sy ni xbrapa kreatif sgt..
slmat berkarya :)
Salam Nur.
ReplyDeletePertamanya, terima kasih. Saya juga masih belajar.
Wah, cuba la kongsikan sajak-sajak tu, dengan kawan-kawan ke, mintak pandangan mereka.....
Teruskan menulis kalau minat!!! =)